Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku Lilypie First Birthday tickers

Be My Followers

Monday, August 8, 2011

dah 9 bulan anakku..

ehe,

lama xupdate..rasa mcm dh malas nk menaip..gipun sbb terlampau busy..tu yg xbrape nk ada mud nk update blog ni..ehe..

urm, seronok rasa dan plg penting bersyukur sebab dpt lihat baby membesar depan mata..tup tap dah 9 bulan..dia dh pandai apa?

mcm2..tp yg plg nk highlight..dia suka berdiri dah skrg..n sume bnda dia pegang sume nk masuk mulut..gigi?? lum tumbuh lg....hehehee..dia cepat tang lain..cepat nk bercakap n berjalan kot..

sempena bulan puasa pertama kehadiran afiqah batrisyia di sisi ni, xdpt nk berterawih jemaah di surau, tp leh je solat kt umah..:) tadarus kt ofis tetap diteruskan slagi diri ini berkerja di ofis ni..afiqah ni time azan mgrib memang dia bgn..nsb ada bibik yg jga dia..pstu wktu tido dia bila azan isyak..

wktu sahur pun dia rajin gak meneman kita..ehehe..comel kan :)

Thursday, June 9, 2011

crite baby di awal 7 bulan ni

baby afiqah skrg ni suka buat bunyi-bunyian n aksi-aksi comey...

tau x time dia dh kenyang susu, dia boleh buat bunyi mcm2 ;)

dia pulak dah boleh merangkak..

merangkak ke belakang dah expert, ke depan dh leh ckit2..

pastu klau nak tido, dia akan bg sign dulu: garu2 mata, rambut n merengek..

tp skrg dia dh makin lambat tido mlm dia..dlm kul 8.30 baru nak tido

susu pulak makin kurang minum, sebab dah makan bubur, tp still mengekspress utk permata hati

jom la layan gmbar2 si comel afiqah batrisyia ni..


motip: nk aja dia warna2 cat :P

gaya ayah mithali..

anakku yg ku syg

Wednesday, June 8, 2011

Pam susu ku pecah...

aaarghhh....
pamku pecah..
mengapa dikau pecah di waktu pagi ku hendak pergi ke kerja plk tu..
tiap hari ku gunakan dikau..
owh pam susu ku..ku tidak keruan jika xmenggunakan dikau..
jika dikau tiada, susu ku bagaimana utk ku perah??

hehehe..
bersajak plk..hurrmm..tp mmg btul2 terjadi pun
pam avent manual ISIS yg byk berjasa padaku telah pecah..
mmg risau la haritu..so mencari la pengganti pam yg baru..hrga pun murah boleh dpt rm170,ehe..kt mudah.com la..tq mudah.com =p

tp nk bitau uoll..
hari yg xde pam ni, diri ini cuba la utk perah by hand..
alhamdulillah, hasilnya sgt xkusangka..sama byk dgn ku guna breastpump avent tu..
tp klau guna tgn, masa yg diperlukan utk dpt byk susu tu adalah lebih la..
so,kesimpulannya, klau urgent2 tu, leh je guna tgn..think positif! ;D insyallah dpt byk susu n cukup utk anak

7 bulan dh afiqah batrisyia kesygnku ini

cepat je dh 7 bln..
alhamdulillah byk dah progress dia

-pndai bergolek2 smpai ntah ke mna tu sudah psti..hehe
-meniarap..menelentang..berenang2..tu aksi fevret dia
-lg, dia dh pndai merangkak..tp merangkak ke blkg,hehe
-pastu, xleh tinggal skejap..msti dh nangis mnta suh angkat dia..
-pandai je fiqah ni ye..
-bulan ni xperlu gi klinik, yeay..rehat sebulan..8 bulan kne dtg klinik utk timbang berat bdn
-7 bulan dh leh stat bg mkn ikan n ayam (tp dia jnis cpt naik rascious, haritu bg susu formula n cereal naik ruam satu bdn..)
-so, i'm still pumping for my baby n giving her bubur masak sndri..(save mmg save, tp ibu kne kuatkan semangat utk rajin pam susu)

apa2pun,congrats to my dear sis, dah selamat melahirkan anak kedua bernama maryam an-naurah (klau xsalah eja,ehe)

Friday, May 6, 2011

makanan pertama bayi 6 bulan

google2 cari resepi apa nk bg kt my baby...jumpa la resepi2 ni...jom tgk ;)



Antara makanan yang sesuai dijadikan makanan pertama bayi ialah

* Bubur nasi yang dikisar halus. Gunakan beras perang untuk lebih khasiat.
* Pisang lenyek
* Ubi keledek, labu, brokoli, kacang pis yang telah dimasak dan dikisar menjadi puri
* Buah epal, pir dimasak dan dikisar menjadi puri
* Bijirin segera permulaan dengan susu ibu
* masuk beras, campur rebus ayam, karot & daun sup..
*masak bubur nasi + ikan/ayam + sayur + minyak masak sesudu kecik

* Segenggam beras
* 15 biji kismis kuning
* 2 biji buah prune
* 5 biji kurma lembut tanpa kulit
* Sepotong betik masak ranum yang manis (buat kiub kecil supaya mudah dilecek)
* Air rebusan barli

Cara-cara

1. Masak beras dengan air rebusan barli hingga kembang.
2. Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
3. Lecekkan potongan betik di dalam bubur yang telah masak.Sedia utk hidangan.

Dessert
* 100ml susu formula/breastmilk
* 2 tsp tepung custard

Cara-cara

1. panaskan susu (jgn sampai didih). dlm mangkuk lain,bancuh tepung dgn sedikit air. masukkan tepung tu..kacau sampai pekat


sedikit beras
ikan merah/tenggiri/bawal/
sedikit halia
seulas bwg putih
kentang/carrot/brokkolo/kubis bunga
sedikit daun sup/ daun bawang

cara..
panaskan minyak
tumis bwg putih dah halia hingga naik bau
masukkan isi ikan
masukkan beras yg sudah di cuci bersih
masukkan kentang / brokolli/carrot (ikut suka)
masak sampai beras masak
taburkan sedikit daun bwg/sup...

utk perasa, gunakan ikan bilis yg di blender, tabur sedikit masa nak suap baby.
sedap....resepi ini tak gunakan garam atau sebarang serbuk perasa kerana buah pinggang baby
tak dapat nak proses garam...
2. simpan dalam peti ais..n hidangkan as a dessert

klau boleh bg ibu yg menyusu badan, boleh campur makanan dgn susu ibu klau x pun, susu formula pun boleh jg bg yg xnyusu badan sbb yg pnting kalsium pada susu tu yg kita nk bg. n introduce bubur nasi dulu daripada makanan bijirin yg terproses tu sbb bila dah terproses, makanan tu mesti ada tinggi gula, garam, perasa tambahan dll. budak2 ni klau boleh jgnla introduce kan mknn2 camni awal2, nnti mcm2 masalah di kemudian hari..mcm sembelitla, xnk mkn nasi la n etc. Lagi satu, kita pelbagaikan la makanan baby kita..ada buah, ikan/ayam, sayur, minyak setgh-1sudu...ok =D sama2 nak beri yg terbaik utk baby..ehe

Wednesday, April 27, 2011

Nak Makan Secara Sihat?? Baca dan amal2 kan..

"Beralihlah daripada makanan sedap kepada makanan sihat. Kebanyakan makanan sedap boleh menjadi makanan sihat jika kena caranya iaitu bermula daripada pemilihan bahan, penyediaan, kaedah memasak dan makan. Makanan harian sebenarnya boleh menjadi ubat atau pelindung daripada pelbagai penyakit.

“Banyak individu dan keluarga menderita kerana penyakit. Malah yang menyedihkan ialah, semakin ramai golongan muda menghidap penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser, sedangkan ia boleh dicegah melalui penjagaan pemakanan harian,” kata aktivis kesihatan sosial yang juga Pegawai Penyelidikan Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Lim Hin Fui.

Lebih 50 peratus golongan dewasa berumur 40 tahun ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit dan antara penyakit kronik paling lazim ialah kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Meskipun jumlah pesakit kronik bertambah setiap tahun, ia belum dapat menimbulkan kesedaran masyarakat untuk berubah kerana ramai menganggap penyakit berbahaya itu hanya berlaku kepada orang lain dan tidak akan menimpa mereka.

Bahkan kita juga bangga dengan budaya menjamu yang semakin kukuh dalam masyarakat kita. Dalam sebarang aktiviti, termasuk perjumpaan mahu pun mesyuarat kecil, pasti dilengkapi dengan makanan; sekurang-kurangnya teh tarik serta kuih muih walaupun ia diadakan sejurus selepas waktu makan tengah hari.

Menurut Dr Lim, makanan mempunyai dua ciri iaitu positif (menyihatkan badan dan memulihkan penyakit) atau negatif (menyebabkan penyakit).

Sama ada membawa faedah atau padah, jangan salahkan makanan kerana kuasa memilih ada di tangan kita dan kita yang bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan diri.

Kegemukan adalah hasil pertama daripada amalan pemakanan tidak sihat yang menjadi pencetus kepada pelbagai masalah kesihatan lain kerana mengandungi banyak toksik.

Beliau berpendapat, makanan tidak sihat ini mengandungi banyak bahan toksik yang akhirnya merosakkan badan dengan mengakibatkan masalah obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi, angin ahmar, sakit jantung, kanser dan lemah tulang.

Katanya, penyakit tidak menyerang mendadak tetapi datang perlahan-lahan dalam tiga peringkat iaitu badan menjadi kurang selesa, mengalami gangguan pada bahagian tertentu dan akhirnya menyebabkan masalah pada seluruh badan hinggalah ia disahkan doktor.

Kira-kira 90 peratus masalah kesihatan berpunca daripada makanan yang mengakibatkan sistem pertahanan badan menjadi lemah.

Badan kita membabitkan kira-kira 60 trilion sel kecil termasuk sel darah, lemak, otot dan kulit. Pengumpulan toksik menyebabkan sel ‘demam’ dan akhirnya berlaku pelbagai masalah kesihatan.

Antara sumber bahan toksik ini ialah:

# Makanan berasid

# Terlalu banyak mengambil ubat moden

# Terlalu banyak lemak

# Kolesterol

# Pencemaran alam sekitar

“Apabila ditimpa penyakit, orang berbeza pendapat. Ada yang menganggap ia disebabkan faktor cuaca atau genetik, daya ketahanan badan yang lemah, tekanan, konflik, kurang bersenam, tidak cukup tidur dan rehat atau pencemaran alam sekitar. Bahkan ada yang menerimanya sebagai takdir, sedangkan kita boleh berusaha mengurangkan risiko mendapat penyakit.

“Banyak jenis makanan boleh dikaitkan dengan penyakit, umpamanya makanan berlemak dan kolesterol tinggi menyebabkan penyakit jantung dan strok, manakala makanan mengandungi banyak garam boleh merangsang kenaikan tekanan darah yang akhirnya membawa kepada pelbagai masalah lain,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena sambutan Bulan Kesihatan anjuran FRIM.

Formula untuk sihat

Untuk menjadi sihat, Dr Lim menyarankan enam panduan iaitu:

# Bertukar kepada jenis makanan yang menyihatkan

# Buat perubahan secara perlahan-lahan; satu persatu

# Fahami kesan detoksifikasi (penyingkiran toksik dari badan)

# Laksanakan amalan pemakanan yang baru ini dengan yakin

# Mulakan bersenam

# Kuatkan pegangan rohani (keagamaan)

Untuk sihat, pemakanan kita harus mengandungi 80 peratus makanan bersifat alkali dan 20 peratus lagi makanan bersifat asid bagi meningkatkan daya ketahanan badan. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.

“Semua makanan yang dihadam dipecahkan kepada partikel kecil yang boleh bersifat asid, alkali atau neutral. Ia bergantung kepada kandungan galian di dalam makanan berkenaan.

“Individu yang mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu yang melebihkan makanan beralkali,” katanya.

Komposisi makanan yang disarankan ialah 60 peratus sayur-sayuran, 20 peratus buah-buahan, 10 peratus sumber karbohidrat dan 10 peratus lagi protein (lebih baik jika protein tumbuh-tumbuhan).

Walaupun tahu sayur dan buah itu penting, pengambilan serat harian kebanyakan rakyat Malaysia sekitar lima gram sehari. Komposisi ini membolehkan kita mencapai saranan pengambilan serat harian oleh sebanyak 20 gram sehari.

Makanan yang dianggap beralkali:

# Sayur-sayuran segar

# Buah-buahan segar

# Bijirin (milet)

# Kekacang dan produk kekacang

# Jus buah segar


Makanan yang dianggap berasid:

# Bijirin (beras perang, beras putih, gandum, oat)

# Daging

# Makanan laut

# Ayam

# Telur

# Sayur-sayuran dan buah-buahan awet

# Makanan dihasilkan daripada karbohidrat (roti, mi, biskut)

# Makanan yang banyak menggunakan gula putih (ais krim, coklat, makanan dalam tin, sos)

# Minuman contohnya susu diproses, dadih, kopi, minuman ringan dan berkarbonat

# Susu dan produk tenusu

# Bahan masak (bawang merah dan putih, halia, minyak haiwan dan lada)


Perubatan semula jadi

Bapa pakar perubatan moden, Hippocrates pernah berkata ‘makanan sihat adalah ubat paling baik’. Bagi Dr Lim, kata-kata ini terbukti apabila bapa mentuanya kini disahkan sembuh daripada kanser prostat selepas mereka sekeluarga mengubah corak pemakanan dengan melebihkan makanan beralkali dan mengurangkan semua jenis makanan mengandungi banyak bahan toksik.

Mereka sekeluarga juga lebih berhati-hati ketika memilih sayur di pasar. Pilihan mereka ialah sayur organik kerana kebanyakan sayur yang dijual di pasar menggunakan baja kimia dan racun serangga bagi memastikan ia kelihatan cantik dan bebas daripada dimakan serangga atau ulat.

Katanya, dua bahan ini boleh menambah beban pada badan, terutama hati yang berfungsi sebagai penapis bahan toksik.

Memahami kesan negatif daripada makanan yang dikelaskan sebagai berasid, Dr Lim berkata, secara perlahan-lahan mereka mengeluarkan daging, ayam, telur, makanan dalam tin dan semua makanan sejuk beku berproses daripada menu harian.

Ia digantikan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Dia sekeluarga juga memilih beras perang yang terbukti kaya khasiat dan ada banyak kelebihan berbanding beras putih.

“Menjaga makanan saja tidak cukup kerana perubatan semula jadi memerlukan pendekatan menyeluruh atau holistik yang membabitkan pembersihan badan, ketenangan minda dan rohani.

“Biasanya pendekatan holistik diambil apabila ubat moden tidak lagi berkesan atau tidak mahu mendapat kesan sampingan ubat moden. Namun kebanyakan orang menggabungkan rawatan moden dan tradisional.

“Pendekatan agama seperti bersembahyang juga penting untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Ia secara tidak langsung mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang,” katanya.


Kenali kesan detoksifikasi

Selepas tempoh tertentu mengamalkan pemakanan sihat, anda mungkin mengalami kesan detoksifikasi iaitu pengeluaran toksik dari badan. Namun jangan panik kerana ia bukan tanda penyakit, sebaliknya permulaan kepada kesihatan lebih baik.

Detoksifikasi boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan sihat, minum teh hijau atau herba atau menggunakan kaedah penyingkiran toksik lain.

Menurutnya, kesan dialami mereka sekeluarga termasuk demam, hidung berair, batuk, sembap, perut terasa senak, sakit kepala (sedikit), najis menjadi cair dan badan menyingkirkan banyak lendir atau mukus.

Namun dalam tempoh ini anda tidak digalakkan mengambil ubat moden kerana ubat moden menghentikan proses detoksifikasi.

Sebagai permulaan untuk menyingkir toksik dari badan ialah meminum jus buah atau sayur (bersama seratnya) yang disediakan sendiri di rumah.


Permulaan pemakanan sihat


Dr Lim berkata, pemakanan sihat boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat. Antara perubahan mudah yang boleh dilakukan ialah:

# Makan beras perang menggantikan beras putih. Bukan semua orang boleh menerima rasa beras perang. Jadi, anda boleh memasukkan sedikit (segenggam) beras perang ke dalam beras putih. Tambah kuantiti beras perang selepas satu tempoh tertentu. Kaedah ini bertujuan membiasakan lidah anda sekeluarga dengan rasa beras perang.

# Ganti roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)

# Guna garam laut untuk menggantikan garam putih

# Guna gula perang, madu atau molases bagi menggantikan gula putih. Gula putih dikatakan antara penyebab utama yang boleh melemahkan daya ketahanan badan.

# Elak penggunaan monosodium glutamat (MSG)

# Kurangkan penggunaan sos soya dan sebarang sos lain kerana ia mengandungi banyak garam

# Kurangkan pengambilan daging, ayam dan telur; lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ini kerana ayam dan daging mengandungi terlalu banyak protein dan lemak. Ayam pula mengandungi banyak antibiotik dan hormon pembesaran supaya anak ayam yang diternak boleh dipasarkan dalam tempoh 32 hari saja!

# Hentikan mengambil makanan yang mempunyai pewarna dan perasa tiruan

“Orang Melayu sangat beruntung kerana secara tradisionalnya mereka mengambil banyak ulam. Ulam sangat baik kerana ia bukan saja kaya vitamin dan mineral (kalsium, fosforus, zat besi dan kalium) tetapi ia juga mengandungi antioksidan untuk melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel.

“Antara ulam yang kaya antioksidan ialah pegaga, selom dan ulam raja yang murah dan mudah diperoleh. Ia juga mengandungi enzim untuk menyihatkan sel.

“Selain itu banyak jenis sayur-sayuran kampung dan herba yang boleh membantu meningkatkan kesihatan seperti misai kucing, bunga kantan, daun kari, gajus dan jantung pisang.

“Amalan ini menjadikan kami sekeluarga jarang sakit dan tanpa disedari, berat badan kami turun perlahan-lahan tanpa perlu berdiet atau mengambil ubat. Lebih penting, ayah mentua saya sembuh walaupun tidak menjalani rawatan kemoterapi,” katanya.

Cari langkah pertama

Kita tidak perlu menjadi vegetarian, sebaliknya lakukan apa yang anda mampu untuk meningkatkan kesihatan. Anda masih boleh mengambil makanan kegemaran tetapi kurangkan kuantitinya dan lebihkan sayur dan buah. Selain itu ambil langkah pertama yang sesuai dengan anda seperti:

# Minum jus buah atau sayur sekurang-kurangnya segelas sehari. Sebaiknya sediakan jus tanpa gula, jika mahu masukkan gula perang atau madu

# Guna beras perang (campurkan segenggam beras perang setiap kali anda masak nasi. Ini untuk membiasakan lidah menerima rasa beras perang sebelum beralih sepenuhnya kepada beras perang)

# Kurangkan penggunaan sos, kicap, garam dan gula dalam masakan; gantikan dengan rempah dan herba

# Kurangkan daging, ayam dan telur

# Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak

# Guna kaedah memasak yang lebih sihat seperti mereneh, kukus atau bakar berbanding goreng

# Gantikan roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)

# Makan buah-buahan sebagai pembuka selera atau pencuci mulut. Hidangkan ia selepas makan bersama keluarga untuk membiasakan anak dengan corak pemakanan ini

# Jadikan buah-buahan sebagai snek

# Jadikan ulam atau sayur-sayuran sebagai bahan yang wajib ada dalam pinggan anda setiap kali makan

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Sumbangan http://anizyn.blogspot.com/2009/05/pemakanan-sihat.html#ixzz1KmEiaCPC

Sunday, April 24, 2011

Sape dah buat pap smear angkat jari???..

Hehehe..penting tau buat ibu2 sekalian yg mementingkan penjagaan bawah tu..utk nak make sure xde apa2 sprti sel2 barah kt bwh tu, baik la korg buat ujian pap smear..dh buat tu, lega la skit....org dah buat haritu..sakit yg amat, sebab xbersedia uolz..sape2 nk pergi buat ujian ni, kena rehat2, tenangkan2 diri..k

INI ADA INFO TENTANG UJIAN PAP SMEAR

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi?

Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

Berapa kali ujian diperlukan?

Syor daripada kementerian kesihatan malaysia menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali. Once dah buat ujian pap smear, negatif, tahun berikutnya kena buat skali lg..if negatif juga,baru la confirm xde apa2..apa2 pun, disarankan buatla ujian ni,ye. Wanita yang sering melakukan hubungan seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks, terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.Dalam masa 2 atau 3 hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

my baby dah 5 bulan lebih..

fuhh..lama x update blog
busy laaa..xsempat nak curi2 masa kt ofis utk type blog
skrg ni ada la masa ckit

my baby dah tembam bam bam dah..peha dah mcm drumstick saiz xl..ehe. sonok tgk dia. skrg ni sume dia nak buat..meniarap..merangkak..berjalan..lg satu yg plg best..tukang kejutkan ibu abah dia di waktu pagi..bgn je tgk mcm ada org duk sentuh2..rupenye2....si kecik ni kejut..tgk je ibu dia...tak pun, dia buat bunyi suara comel dia..urmm, klaka pun ye jgk..wktu tido dia skrg ni dh lewat ckit..dlm 8.30 compare dgn awal2 dulu lps@ sblum mgrib dh lena tido dh..skrg ni nak main je..sanggup xmau tido tu..sbar je la dgn ketelah afiqah batrisyia ni..

bab makan, ibu dia masih lagi memberikan susu ibu..blum lg nak bagi bubur @ makanan lain, wpun dia dah terliur dgn air liur dia meleleh bila tgk org sekeliling makan..n mata dia duk tgk je mkanan tu..tp ibu rasa tunggu la lg 2 mggu je lg genap la 6 bulan, lehla nk makan pe pun..susu ibu pun insyallah boleh menampung keperluan babyku ini..moge Allah banyakkan susu ku agar cukup untuk anakku..ameen


buat anakku, moge menjadi anak yg solehah penyejuk hati ibu abah..=D




sleeping beauty....

my beuty tgh sleeping.. ;D

.
.
.
.
.
.







Tuesday, March 22, 2011

Solid food for 4 months++

Hurmm, bila blogwalking dah rmai ibu2 dh pun memperkenalkan solid food to their baby eventhough anak2 blum mcapai umur 6 bulan..well, it depends, klau anak dh menunjukkan sign nak makan @ bila bg susu pun rasa xcukup..maybe boleh try bg.. ni ada resepi utk solid food for 4 months ++..tp kite xbg lg..tgh pertimbang2kan lg, sbb baru 4 bulan 3mggu..tp skrang ni dia sgt2 aktif..nyusu ckit je, dh nak main2..suka main baby afiqah ni..

resepi beserta cara nak buat pun ada...information yg berguna ni diambil dari hanie tq hanie for this info:)


Avocado
- a great first food for baby, avocados burst with essential fats and nutrients that a growing baby needs. Smooth and creamy, avocados are easily digested and well tolerated by most babies!

Vitamins: A, C, Niacin, Folate
Minerals: Potassium, Phosphorus, Iron, Magnesium, Calcium


1. Peel and take out the pit of a ripe avocado - do not cook
2. Cut “meat” out and mash with a fork
3. There should be no need to use a machine as just like bananas, avocados have a very soft consistency and texture. Avocados do not need to be cooked
4. Add formula/breast milk or water to thin or add cereal (if desired) to thicken up. Learn More about Avocado


Bananas
- bananas are another great first food for your baby. Research indicates that bananas and their mucosal properties actually help coat the tummy and help aid in digestion. Bananas are sweet, which may help baby more readily accept the first food experience. Learn more aboutbananas and if it's true that sweet fruits and veggies should not be introduced first.

Vitamins: A, C, Folate
Minerals: Potassium, Phosphorus, Selenium, Magnesium, Calcium


1. Peel a ripe banana - do not cook
2. Place banana in a food processor/food mill or blender and puree
3. You can also mash the banana in a bowl using a regular fork – heat in microwave for 25 seconds prior to mashing for extra softness
4. Add formula/breast milk or water to thin or add cereal (if desired) to thicken up.


Yams/Sweet Potato

Vitamins: A (24,877 mg ), C, Folate
Minerals: Potassium, Sodium, Selenium, Phosphorous, Magnesium, Calcium


1. Wash and poke holes in sweet potato with fork then wrap sweet potatoes in tin foil - do not peel for baking/microwaving. (you can also do this in the microwave - only use plastic wrap and cook for 8 minutes on high or until tender)
2. Place in a 400 degree oven and bake for 30 minutes or until soft.


3. OR

4. Peel sweet potatoes and cut into small chunks
5. Place chunks into a pan with just enough water to slightly cover potato
6. "Steam" boil until tender, be sure to check on the water level.
7. Reserve any left over water to use for thinning out the sweet potatoes
8. If you have baked your sweet potato, remove skins and use liquid from your preferred source
9. Place sweet potato into your choice of appliance for pureeing and begin pureeing.
10. Add the reserved water or other liquid as necessary to achieve a smooth, thin consistency minutes or until a knife inserted near center comes out clean.

actually dari skrg dah kne ambik tau apa mknn yg boleh diintroduce kpd anak2 kita yg dh leh nk stat makan ni..nnti senang..klau ada resepi yg sesuai utk anak2 5@6 bulan ke atas leh la kite share lg :)

Thursday, March 10, 2011

perkembangan my baby dh 4 bulan

alhamdulillah makin hari makin berisi afiqah ni..
mana taknye memang kuat minum..sampai ibu dh xlarat nk pegang lama2..hehe

everyday is her learning day..
dah leh meniarap separuh dah..
suka main buih2 cinta (buih airliur)
pastu time tidur memang nak pegang kite...time tidur dia sama mcm dulu..lps mgrib je,dia tidur smpai la ke pg..bgn just bila dia lapar je..pstu smbung tidur
minum pulak-4-5oz skali minum..(banyak x??) normal kot kan..ibu pun kena perah 4x5/6oz utk memenuhi keperluan anakku..xpe, caiyok2..give the best food to our baby :)
skrg ni afiqah suka main tarik2 tudung/rambut/ kain baju ibu dia..mybe dia rasa secure bila buat mcm tu..
dah leh pegang n capai objek..
last but not least.. dia suka bila kite pegang dia..bw dia jln2 keliling taman..

masa checkup haritu xde injection..lega mommy..
berat afiqah: 6.3kg
alhamdulillah, TQ ALLAH for giving me this precious one =)



skrg ni ibu sibuk dgn kerja n byk bnda gak nk fikir..pepun, moge dipermudahkan urusanku..

Wednesday, February 23, 2011

GA by pondok kecilku..berbaloi2..

Assalamualaikum..hehe, mud tgh membara nk join contest2 by mommies2..memang ada hubungan simbiosis bila ada contest2 mcmni..yg bestnye bila dpt hadiah!!! hadiah yg kuidam2kan plk tu..fuhh.. penganjur pun dpt apa yg diinginkan (dpt berkenalan..dpt rajinkan diri utk updates blog sllu...dpt tmbah trafik blog)..pepun, moge ada la rezeki nk dpt hadiah ni..:) tq mummy krn buat GA ni :)

Syarat syarat nak join contest ni, mmg tak susah....

(1) Mestilah jadi follower Mummy dulu ye
( follower pertama kat Butik ni... dan kedua kat Blog ni lepastu...).
(2) Post entri GA ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment.
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes).
hadiahnyer...


HADIAH PERTAMA : KAFTAN 2011
SERTA BARANGAN LAIN (terpulang pada mummy yer nak kasi ape..yang penting best)


HADIAH KEDUA : GAMIS ELEGANT
SERTA BARANGAN LAIN (terpulang pada mummy yer nak kasi ape..yang penting best)
Kepada yang terpilih mummykan contact melalui email...keputusannya mummykan bagitahu dalam n3..So teruskan bersama mummy...


nota: hadiah memang best..antara hadiah yg kuidam2kan ni..

Monday, February 21, 2011

my baby....

skang ni afiqah dh sgtla xleh duk diam...nak aktif je...nak tukar pampers pun dah kena kite lg cepat dari dia..tp suka dgn gaya dia yg comeyl..ala-ala ketam kata abah dia..hehe

pastu kan..hehe,dah pandai nak ikut apa kita leh buat, dia pun nak buat jg..haritu ajar dia pegang tgn sebelah..pastu dia cuba..cuba dan cuba lg..bila xbjya..dia merengek jap..pastu nak cuba lg..heeeee...comeyl betul...;) dalam hati ni, ibu mcm ni ke dlu yek? advanced btul anak2 zaman skrg ni..cepat..

meh lyn aksi2 si comel ni....;)

Thursday, February 17, 2011

Saya Nak Hadiah Dari Mommy



Nak nye dapat hadiah..xpenah2 lg dapat hadiah dari join2 contest ni..moge ada la rezki dapat hadiah dari kasihmommy..=)

Antara syarat2nye:
* Perlu jadi FOLLOWER blog http://kasihmommy.blogspot.com done

* Copy gambar hadiah tu dan letak dalam blog beserta tajuk SAYA NAK HADIAH DARI MOMMY (beserta link ye - http://kasihmommy.blogspot.com/2011/02/ga-saya-nak-hadiah-dari-mommy.html)done

* kemudian, letak nama dan link blog anda kat tempat comment(bukan apa, senang nak jejak semula)done

* Tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan untuk join sama GA nie Done
***nieyxzha
***syuhaila
***nor hanani
* Tarikh tutup penyertaan, 28 Februari 2011

Wednesday, February 16, 2011

tgh blaja meniarap lg..

si kecik ni tgh berusaha keras skrg ni nk boleh meniarap..my baby girl ni kena kuat semangat ye..




ibunye pulak tgh merajinkan diri utk minum susu n mkn suplemen epo..:)

Sunday, February 13, 2011

Perihal dah beranak & bersalin ni..

Bila dah beranak..
rahim dah mula longgar..
breast dah kurang tegang..
kulit kusam..
masa dgn diri sndri jd kurang..
rambut byk gugur..

byk pulak masalah bila dah beranak ni yek, ni kebanyakannya berkaitan dgn penampilan kite..apa yg dirasa skrg, rasa mcm kurang bermaya n kusam je..bhya kan klau trus mcm ni..diri sndri kne buat inisiatif sndri utk sntiasa berpenampilan menarik terutamanya dgn suami..

apa yg korang buat ye nk bg sntiasa jaga penampilan?

urmm,igt nak kne amik supplemen blk..pentingla kite jaga penampilan kite ni...so, igt nak amik vit c bgus utk penyembuhan luka+kulit yg cntik, evening primrose oil ni pnting jgk..org kata utk kesihatan dalaman..nk amik ikan+susu byk utk protein+ kalsium utk kesihatan rmbut+tulang, urmmm..ok, kte try ni dlu la..tgk perubahannya mcmna..n actually, self-confidence n doa pd Allah plg penting..always be positive kan..:) mari kte berubah ke arah yg lebih baik :)

Klau anak selsema..

my doter ni selsema la..
ada apa2 tips x?

try nak sedut mcm org2 dulu kala buat..tp xbjya pun..my mom buat cmni, vicks tu sapukan kt tapak kaki..tp ckit je la..then, kt hidung tu letak kunyit..stakat ni, ok la jg..ye la, risau kan, baby masih kecik lg, xleh napas lg slain kt hidung..bhya kn..

kwn2 yg ada tips lain, leh kongsi skali..

Friday, February 11, 2011

pinky..

bila dah nama nye baby girl..sume nak dipakaikan pink..hehe
apa pun nak pink..dari baju, sarung kaki, sarung tgn, cadar..sume la..
lg pun mana xnye, si ibu nye mmg dah suka pink, anak pun nak dipakaikn pink jg la..;)

pe pun, layan..

tgh fikir future
weee..sy suka pinky spt ibu sy
tomeyyyy x sy..ehe
apa nk buat..ibuku suka pakaikn ku pink..pe pun, kte njoy!!! =)

Thursday, February 10, 2011

My baby dah 3 bulan..

Wawawa..lame gile dah x update..pnykt m utk mengupdate mmg menguasai diri ini..byk bnde yg berlaku smpai x dan nk update..

k la, citer pasal perkembangan my baby la..=)
dlm jangka masa 2 ke 3 bulan ni byk prkembangan n penemuan baru telah ditemui pd anakku ini..hehe.

-fiqah dh sgt pndai menyembang..sume gelak je dgr dia berceloteh..umah tu ada tok ayah, tok mami n adik badik ibu dia..ktorg ckp..x penat ke berceloteh lama2 ni..
-gelak2 n senyum tu mmg dh bese dah
-cpt kembong perut..xleh bg lmbat susu..mybe saiz perut dh membesau kan..
-klau org xde kt sekeliling, mula la dia buat suara nk org dtg dkt dia..
-kaki n tgn kuat je nk beraksi
-tengkuk dh kuat, leh dh nk angkat lama2 ckit
-kaki makin pjg n bdn makin berat
-baru nk blaja meniarap..tp lum leh lg
-pndai dh nk sebut Allah..hehe
-pndai dah nak menggapai especially capai muka n tgn kite
-pndai dh nak mengira2..jari2 dia buat kira2..xtau dia kira pe..hehe
-kuat minum susu bila bf..kejap2 je nk mhisap
-poo poo pun byk la jgk
-bese after azan mgrib je dia dh leh tido lena, tp nak tunggu azan tu yg mcm lama, sbb time tu dia merengek je..
-mlm tido plg lena, siang (klau cuti)klau ada ibu dia, mmg dia susah nk tido sbb ibu dia suka main dgn dia..heheh ;p
-bese dia bgn utk nyusu je la mlm-pagi..plg best, kejutkan ibu dia bgn..



pe pun, she really speacial..

berat 3 bln : 4.8kg
berat 2 bln : 3.5kg
berat 1 bln : 2.4kg

Wednesday, January 5, 2011

Ooowh update my crite..baby dh 2bln..

Dah seminggu kerja ni masih lg xdpt cope dgn waktu kerja kul 7.30am mcm sblum ada baby ni..sntiasa je over the time wktu sampai..mcm2 nak uruskan..nak siapkan baju baby..hntar baby ke nursery..baju maknye..bag baby..time dah siap sume..baby nak nenen pulak..haru biru......

Blk kerja pun sama..mcm2 pk nak beli brgla..nk masak malamla..tp xdan..nasib ada hubby di sisi..tp nanti hubby dah gi kerja kt kuantan, tinggal me n baby je la..huhu..mybe mnta sorg peneman kot..(camne la ibu2 yg baru dpt 1st baby handle baby tnpa ayahnya di sisi setiap hari?)

Dah pegang title ibu/ pekerja/ pelajar master ni memang cabaran. Memang kena disiplin yang tinggi di samping memaintain kasih sayang kpd anak dan suami. Dugaan di samping nikmat mendapat rezeki yang Allah kurniakan..owh, moge dipermudahkan segala urusanku..

p/s: xsangka dah 2bln umur baby kami..alhamdulillah masa 2bulan ni la, ku mendapat nikmat baby berjaya direct feeding dgn jayanya..xtau cmne baby leh melekap dgn jayanya..sama ada bntuan bs @ puting @ usaha @ doa xputus2 kpdNYA..

berat baby 2 bulan : 3.5kg berat baby 1 bulan : 2.4kg. Alhamdulillah ada peningkatan...syukur sgt2 =D

Sunday, January 2, 2011

Perihal 1st day kerja

Hari ni dgn rasminya ibu afiqah dah mula kerja..2 jan, nak masuk 2 bulan la bercuti (1 bulan 3 mggu 6 hari) alhamdulillah kontrak kerja dpt sambung smpai bulan 3..insyallah jika dimurahkan rezki lg, sambung lg smpai hjg thn..ameen

Perihal 1st day kerja ni besela agak kelam kabut ckit..bgn je dh nak dkt kul 7..afiqah nangis nak susu..abah dia siapkan susu ibu dia ni siap2. lepas dh siap, ibunya perah pulak susu utk bekalan dia harini..pg ni dpt 5oz je..total bg dia hrini 14oz..

Baby taska tu mandikan, lega ckit..dah siapkan brg fiqah (baju 3 helai, pampers, lampin, towel, sabun mndi n susu) baru la ktorg gerak klua..itupun kul 7.50 kot cmtu..ktorg car pool..jimat ckit..urm,ntah camne la fiqah di sana..skrg pukul 9.30am..kul 10am nnti nak pam n nak call taska tu..tnya perkembangan baby..

Naik kerja ni sume org greet..sonok mcm dialu2kan je dtg cni blk..

p/s: hubby dpt kerja MARA..rezki baby..tahun baru ni, ibu dia dpt sambung kontrak..abah dia pulak dpt kerja govt jd pengajar di kktm, kuantan..alhamdulillah..syukur..cumanya, camne nak handle bila hubby xde di sisi..hu2