Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku Lilypie First Birthday tickers

Be My Followers

Wednesday, April 21, 2010

entry xde kerja ;p

arini rasa sungguh malas nk buat kerja..
lps dpt pekena burger ayam ramly with colewslow buatn tgn sndri..mmg syok abiss..
lps hubby g kerja trus tertidoo..hehe..

dh terjaga tu lapa blk,
goreng plk roti sosej goreng..
cepat beno rasa lapa ni..hope baby kita sihat walafiat..

hrini nyer target nk gi umah mak sbb nk amik kulit tart
pstu kne gi singgah kedai la sbb stok buttercup n gula aicing xda..
cust nk contoh mlm ni,so mmg kne bli jgk la..

target lain,
email pd lecturer statistik utk make appointment psl masalah tesis empunye diri ni,
thanks to my hubby coz always support me..
balik2 kje je semalam trus kumenanyakan permasalahan berkaitan tesis aku pdnya..
wlhal dia bukan bidangku..ehe..
tp bile otak engineering+nutrition= hasil dia mmg superb especially otak marbiela ni ye ;)

hope dpt siapkan edit tesis lengkap sume n dpt tunjuk kt my cosupervisor by end of this month..coz dh xbyk masa dh..tinggal nk setel bhgn sampling n result n conclusion. caiyok2 ibu mengandung!!! u can do it..

p/s: pelukan dari hubby mmg sgt2 diperlukan sllu utk menenangkan hati si isteri plus dpt gurau senda sllu..mmg sweett..moge u n me kekal bahagia dunia akhirat..ameenn

Tuesday, April 20, 2010

1st check up di Klinik Kesihatan utk my pregnancy

(comel kan baby ni,nk dpt baby comel cmnila ;)

Salam..

Semalam 20hb 4,genap 11 mgu anak berada dlm kandungan.. adalah hari 1st check up di govt klinik n buka buku merah yg hmpir sume ibu2 ngandung tau..benda 1st dia tnya,duk di mana? klau bukan area ctu,bersedialah utk beredar dari ctu sbb diorg xkan terima..then,bila dh make sure anda berada di klinik n pd kwsn tmpt tinggal anda, diorang (nurse2 ni) akn tnya 1001 soalan utk make sure u duk kwsn ctu. Adoi, klau dpt nurse yg ok okla kn, ni smpai rumah mkcik tukang urutla, rumah warna apa la, depan jambatan la..byk beno soklan dia..klu dh dpt alamat tu,pndai2la cari..bukannya rumah tu leh ilang mcm chipsmore kejap ada kejap xde..sabar je la dgn kerenah nurse2 ni.

Apa yg diorg buat utk 1st time dtg ialah amik darah, urin n klau sempat, cek gigi trus. Masa dpt result tu, alhamdulillah paras hemoglobin normal (12.1) if xnormal, bwh 10 tau..ok,actually nk jadi ibu ni byk dugaannya...kena byk bersabar, tahan mulut dari berkata tidak elok, tahan fikiran dari berfikir yg bukan2 terhadap suami @ sesiapa shj, berzikir byk2, tambahkan ilmu di dada, jgn biar kosong je..

Ubat yg diorg bg : Vit c, Vit B complex, Acid Folic and Iron tablet. Bagusla..n plg best, its FREE!!! org ckp kne byr rm5,mybe sbb ckp student, n mmg student pun, student master..n xkrja lg,mybe sbb tu kot dpt free..ehe,pepun rezki..

So,mulai skrg..ibu xnk mudah marah, nk tahan marah dgn baca buku2, dengarkan alunan zikir, baca AL-QURAN, banyak2 fikir yg diri ni sedang memikul satu amanah utk dijaga,utk dirupa bentuk,dididik menjadi anak kpd si ibu dan si ayah. Apa yg penting, wktu2 skrg ni (emosi ibu ngandung sllu cpt je naik) hu2, kena berubah. Ubah untuk anak kerana Allah Taala..nak mendapat hidup yg berkat utk bekalan di akhirat sana,sbb antara bekalan yg boleh Allah terima walaupun kita meninggal dunia ialah doa anak yang soleh..lg, amal jariah..dan ilmu kita..

Moge ibu sentiasa tenang n fikir positif, ceria,sihat utk anak yg dikandung tu ye..:) insyallah, another 6-7months to go..caiyok..positif2!!

Thursday, April 15, 2010

Amalan ibu mengandung

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tak boleh makan benda2 sejuk dan berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang dah tak pakai sebab tak relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyolah, kalau dah mak yang masak hari2, tak boleh potong binatang, pe jadahnya nak makan sayur setiap hari? Ingat herbivor ke. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk upah tukang masak (makan luar ler..).


- mkn mcm biase cume dah msuk bln ke 4-9 kne mkn lebih sket sbb bb makin bsr

- amik susu xkisah la susu khas for pregnant mother ke susu biase pun boleh.. no problem

- sayur2 buah2 fresh wajib for every day utk vitamin and mineral

- paling baik selalu mkn ikan for asid lemak perlu DHA, EPA; utk perkembangn otak bb

- mknn kaya zat besi mcm kerang, daging, bayam, buah kering kurma, prune bagus jugak

- kalo boleh elakkn kafein mostly dr kopi, coke

- be careful with mknn yg diidamkn especially one that will give bad effect ok... kne check

Amalan...
- kne aktif ye... jgn duduk saje nnt susah nk bersalin kalo x aktif

- bkn sekadar surah tertentu tp sume Ayat2 al-Quran, Alunan zikir, perlu diamalkn
n bkn ibu sorang je but all father should play their role too k...wink wink

selain makanan...cuba buat aktiviti mencabar minda.....mcm main SODOKU....
nanti anak2 pun IQ diorg tinggi....klu x pun wat latihan matematik..
klu nak advanced lagi..wat latihan add math....kajian mendapati..minda ibu dapat berinteraksi dgn minda anak...klu mina ibu tu aktif..maka minda anak pun akan aktif..clap

Nway, perasaan ibu yang mengandung pun perlu diambil kira. Nak bagi sample lagi. Adik saya yang bongsu tersangat sensitif. Jiddan2! Rupa2nya, mama saya pernah cakap yang masa mengandungkan dia, mama saya memang banyak makan hati dgn orang2 sekeliling. Haih~ Adikku yang sorang tu.. Kalo tak layan dia cakap, majuk sakan~


Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam.

plg pnting..kalu boley, tiap2 mlm bce surah yassin, maryam, n luqman..
spaya baby baik slalu..
amin~

Saturday, April 10, 2010

Hakikat kejadian isteri..

Segala amal ma'ruf dan nahi mungkar, setiap apa yang dilakukan olehnya apalagi isterinya, akan dipikul olehnya di hari Qiamat kelak. Kerana itulah seorang isteri diwajibkan untuk mentaati suaminya selagi segala perintahnya itu tidak melanggar syariat. Kerana itu juga seorang wanita yang bergelar isteri, wajib mengetahui dan mempelajari segala hukum yang bersangkutan dengan kehidupan berumahtangga dan hal yang berkaitan dengan ketaatan terhadap suami agar terpelihara amal ibadahnya dan memperolehi kebajikan dan manafaat di dunia dan akhirat.

Telah tersebut di dalam kitab Muhimmah, bahawa para ulama telah mengingatkan kepada para isteri: Sesungguhnya antara dosa yang teramat besar derhaka isteri kepada suami ialah menegah akan suami untuk mengambil kesukaan yang ada pada dirinya sama ada untuk diwati (dijimak) yakni untuk memuaskan nafsunya dengan jalan yang halal (sah) di dalam Islam atau lainnya seperti melarang isteri itu ke atas suaminya menjamah dan menyentuh pada sebarang tempat anggota badannya.

Firman Allah di dalam Al Quran: "Dihalalkan bagimu pada malam puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampunkan kamu dan memberikan keringanan kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan dan minumlah sehingga terang benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga malam (tetapi) janganlah kamu mencampuri mereka itu sedang kamu beriktikaf dalam masjid-masjid. Itulah larangan-larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada manusia supaya mereka bertaqwa." (Al Baqarah : 187)

Dan firman Allah lagi di dalam surah Al Baqarah, ayat 223: "Isteri-isteri adalah seperti tanah tempat bercucuk tanam,maka datanglah (tanah) tempat bercucuk tanam sebagaimana sahaja yang kamu kehendaki, kerjakanlah (amal-amal) yang baik untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah kamu kelak akan menemuiNya. Dan berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang beriman."

Demikianlah perumpamaan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t terhadap para isteri. Suami diberi amanah untuk membimbing isteri ke arah kebaikan dan kebenaran. Bagi isteri pula, mereka hendaklah taat terhadap suami dan merasakan suamilah segala-galanya bagi diri mereka sebagaimana kiasan "mereka (isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka." Isteri hendaklah ingat dan sentiasa takut untuk keluar rumah tanpa izin suami. Kerana sesungguhnya laknat Allah amat besar bagi seorang isteri yang keluar
rumah tanpa izin suami. Tetapi perlu diingat bagi para suami adalah haram mencegah isteri untuk keluar belajar ilmu Fardhu Ain dan segala ilmu yang wajib dituntut sekiranya suaminya itu tidak berkemampuan untuk mengajar. Sekiranya dia mampu mengajar, maka wajib dia mengajar isterinya akan segala ilmu Fardhu Ain dan isteri tidak boleh ingkar dan enggan untuk belajar.

Jikalau suami mengajak isteri untuk berpindah dari rumah ibu dan ayah, janganlah si isteri enggan kerana isteri bukan lagi hak ibu dan ayah, tetapi hak suami. Isteri wajib mengikuti suaminya kemana sahaja suaminya pergi. Jikalau terdapat halangan untuk mengikuti suami, sedangkan suami redha, maka tidak mengapa tidak mengikut
suami pergi atau berpindah ke mana-mana.

Begitu juga layanan isteri kepada suami ketika suami balik dari kerja, mestilah yang menggembirakan hati suami dengan menyediakan minuman dan melemparkan kepadanya senyuman yang manis. Sesungguhnya separuh daripada keletihan itu akan hilang dengan melihat isteri tersenyum manis kepadanya. Ingatlah kehidupan
rumahtangga adalah satu kehidupan yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Kerana itu janganlah malu untuk memberikan kasih sayang kerana kita juga ingin disayangi dan memerlukan kasih sayang.

Para isteri diingatkan jangan meminta talak. Sesungguhnya inilah dosa yang amat besar di sisi Allah bagi para isteri. Hati suami akan terluka disebabkan perkataan isteri. Dari itu berhati-hatilah semasa mengeluarkan perkataan ketika sedang marah. Hendaklah difikirkan dahulu apa yang hendak diperkata. Kerana perkataan yang kasar terhadap suami itu boleh menyebabkan kita dimurkai oleh Allah s.w.t.

Juga sekali-kali jangan bermasam muka dengan suami. Kejernihan muka dan keceriaan isteri itu adalah penenang fikiran dan jiwa bagi suami dari suasana luar rumah yang penuh maksiat dan durjana. Diri para isterilah tempat tatapannya dan tempat menumpah kasih. Pulangnya suami bila isteri menguntum senyum di pintu, akan menghilangkan segala kepenatan dan keletihan sepanjang hari. Oleh itu senyumlah selalu, nanti suami akan kasih. Allah akan redha.

Hendaklah bersangka baik dengan suami dan jangan mempertikaikan kesetiaan suami. Hati jarang merasa tenang kerana sering mempertikaikan kesetiaan masing-masing. Bila di dapati suami melakukan kesilapan atau punya kelemahan, hati semakin hancur dan timbul tindakan yang tidak tentu arah. Tidak hairanlah jikalau wujud
risiko yang sebegitu rupa kerana cinta diletakkan pada hamba yang lemah, bukan pada Allah yang Maha Esa. Di dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redho Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya. Hati yang demikian akan melihat akhirat
lebih utama daripada dunia. Maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat.

Dalam pada itu para suami haruslah berlaku adil terhadap isterinya. Sememangnya di dalam Islam hak isteri pada suami memang banyak, tetapi hak suami kapada isteri tidak kurang pentingnya pula. Bagi para suami mendidik dirinya, isteri dan anak-anak menghayati Islam adalah wajib, jikalau tidak suami dihukumkan dayus. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, suami yang membiarkan isteri dan anak-anaknya terjebak dengan maksiat dan mungkar. Maka tersuratlah di sepan pintu syuga yang bermaksud: "Engkau hai syurga
! Haramlah atas segala lelaki yang dayus." Maka apabila datangnya Hari Qiamat, Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan
anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya. Firman Allah: "Peliharalah diri dan ahli keluargamu dari api neraka." (At Tahrim: 5)

Para isteri hendaklah mendorong suami untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah. Hal ini akan melahirkan sikap sensitif terhadap perjuangan
untuk menegakkan agama Allah. Segala tindak tanduk didorong untuk membangunkan agama Allah ini. Suami digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam.

Kalau kita mahukan masyarakat jadi tenang, aman dari sebarang maksiat dan kemungkaran, maka kita hendaklah membetul rumahtangga dengan mengeratkan kasih sayang suami isteri dan membetulkan niat kita mendirikan rumahtangga iaitu mengelakkan kita daripada kemaksiatan serta meletakkan cinta kepada Allah didalam mengatur rumahtangga selaras dengan hukum hakam yang telah digariskan oleh syariat.

Dipetik dari syukur.com

Monday, April 5, 2010

buktikan engkau hebat!!!!

Bile la nk bersemangt blk ni?
tinggal ckit je lg..
ko dah listkan apa yg perlu dibuat...so tinggal buat je
come on..come on..
u must strive

mesti bersungguh-sungguh
orang lain boleh habis cepat,kenape ko xboleh pulak?
sikit lgg..come on..sikit lg menuju ke puncak..
doa moge Allah permudahkn urusanmu

striveeee like a warrior..no one can stop u
everyday pray to Allah make easy n pray for Allah barakah in everything u do