Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku Lilypie First Birthday tickers

Be My Followers

Wednesday, April 27, 2011

Nak Makan Secara Sihat?? Baca dan amal2 kan..

"Beralihlah daripada makanan sedap kepada makanan sihat. Kebanyakan makanan sedap boleh menjadi makanan sihat jika kena caranya iaitu bermula daripada pemilihan bahan, penyediaan, kaedah memasak dan makan. Makanan harian sebenarnya boleh menjadi ubat atau pelindung daripada pelbagai penyakit.

“Banyak individu dan keluarga menderita kerana penyakit. Malah yang menyedihkan ialah, semakin ramai golongan muda menghidap penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser, sedangkan ia boleh dicegah melalui penjagaan pemakanan harian,” kata aktivis kesihatan sosial yang juga Pegawai Penyelidikan Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Lim Hin Fui.

Lebih 50 peratus golongan dewasa berumur 40 tahun ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit dan antara penyakit kronik paling lazim ialah kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Meskipun jumlah pesakit kronik bertambah setiap tahun, ia belum dapat menimbulkan kesedaran masyarakat untuk berubah kerana ramai menganggap penyakit berbahaya itu hanya berlaku kepada orang lain dan tidak akan menimpa mereka.

Bahkan kita juga bangga dengan budaya menjamu yang semakin kukuh dalam masyarakat kita. Dalam sebarang aktiviti, termasuk perjumpaan mahu pun mesyuarat kecil, pasti dilengkapi dengan makanan; sekurang-kurangnya teh tarik serta kuih muih walaupun ia diadakan sejurus selepas waktu makan tengah hari.

Menurut Dr Lim, makanan mempunyai dua ciri iaitu positif (menyihatkan badan dan memulihkan penyakit) atau negatif (menyebabkan penyakit).

Sama ada membawa faedah atau padah, jangan salahkan makanan kerana kuasa memilih ada di tangan kita dan kita yang bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan diri.

Kegemukan adalah hasil pertama daripada amalan pemakanan tidak sihat yang menjadi pencetus kepada pelbagai masalah kesihatan lain kerana mengandungi banyak toksik.

Beliau berpendapat, makanan tidak sihat ini mengandungi banyak bahan toksik yang akhirnya merosakkan badan dengan mengakibatkan masalah obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi, angin ahmar, sakit jantung, kanser dan lemah tulang.

Katanya, penyakit tidak menyerang mendadak tetapi datang perlahan-lahan dalam tiga peringkat iaitu badan menjadi kurang selesa, mengalami gangguan pada bahagian tertentu dan akhirnya menyebabkan masalah pada seluruh badan hinggalah ia disahkan doktor.

Kira-kira 90 peratus masalah kesihatan berpunca daripada makanan yang mengakibatkan sistem pertahanan badan menjadi lemah.

Badan kita membabitkan kira-kira 60 trilion sel kecil termasuk sel darah, lemak, otot dan kulit. Pengumpulan toksik menyebabkan sel ‘demam’ dan akhirnya berlaku pelbagai masalah kesihatan.

Antara sumber bahan toksik ini ialah:

# Makanan berasid

# Terlalu banyak mengambil ubat moden

# Terlalu banyak lemak

# Kolesterol

# Pencemaran alam sekitar

“Apabila ditimpa penyakit, orang berbeza pendapat. Ada yang menganggap ia disebabkan faktor cuaca atau genetik, daya ketahanan badan yang lemah, tekanan, konflik, kurang bersenam, tidak cukup tidur dan rehat atau pencemaran alam sekitar. Bahkan ada yang menerimanya sebagai takdir, sedangkan kita boleh berusaha mengurangkan risiko mendapat penyakit.

“Banyak jenis makanan boleh dikaitkan dengan penyakit, umpamanya makanan berlemak dan kolesterol tinggi menyebabkan penyakit jantung dan strok, manakala makanan mengandungi banyak garam boleh merangsang kenaikan tekanan darah yang akhirnya membawa kepada pelbagai masalah lain,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena sambutan Bulan Kesihatan anjuran FRIM.

Formula untuk sihat

Untuk menjadi sihat, Dr Lim menyarankan enam panduan iaitu:

# Bertukar kepada jenis makanan yang menyihatkan

# Buat perubahan secara perlahan-lahan; satu persatu

# Fahami kesan detoksifikasi (penyingkiran toksik dari badan)

# Laksanakan amalan pemakanan yang baru ini dengan yakin

# Mulakan bersenam

# Kuatkan pegangan rohani (keagamaan)

Untuk sihat, pemakanan kita harus mengandungi 80 peratus makanan bersifat alkali dan 20 peratus lagi makanan bersifat asid bagi meningkatkan daya ketahanan badan. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.

“Semua makanan yang dihadam dipecahkan kepada partikel kecil yang boleh bersifat asid, alkali atau neutral. Ia bergantung kepada kandungan galian di dalam makanan berkenaan.

“Individu yang mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu yang melebihkan makanan beralkali,” katanya.

Komposisi makanan yang disarankan ialah 60 peratus sayur-sayuran, 20 peratus buah-buahan, 10 peratus sumber karbohidrat dan 10 peratus lagi protein (lebih baik jika protein tumbuh-tumbuhan).

Walaupun tahu sayur dan buah itu penting, pengambilan serat harian kebanyakan rakyat Malaysia sekitar lima gram sehari. Komposisi ini membolehkan kita mencapai saranan pengambilan serat harian oleh sebanyak 20 gram sehari.

Makanan yang dianggap beralkali:

# Sayur-sayuran segar

# Buah-buahan segar

# Bijirin (milet)

# Kekacang dan produk kekacang

# Jus buah segar


Makanan yang dianggap berasid:

# Bijirin (beras perang, beras putih, gandum, oat)

# Daging

# Makanan laut

# Ayam

# Telur

# Sayur-sayuran dan buah-buahan awet

# Makanan dihasilkan daripada karbohidrat (roti, mi, biskut)

# Makanan yang banyak menggunakan gula putih (ais krim, coklat, makanan dalam tin, sos)

# Minuman contohnya susu diproses, dadih, kopi, minuman ringan dan berkarbonat

# Susu dan produk tenusu

# Bahan masak (bawang merah dan putih, halia, minyak haiwan dan lada)


Perubatan semula jadi

Bapa pakar perubatan moden, Hippocrates pernah berkata ‘makanan sihat adalah ubat paling baik’. Bagi Dr Lim, kata-kata ini terbukti apabila bapa mentuanya kini disahkan sembuh daripada kanser prostat selepas mereka sekeluarga mengubah corak pemakanan dengan melebihkan makanan beralkali dan mengurangkan semua jenis makanan mengandungi banyak bahan toksik.

Mereka sekeluarga juga lebih berhati-hati ketika memilih sayur di pasar. Pilihan mereka ialah sayur organik kerana kebanyakan sayur yang dijual di pasar menggunakan baja kimia dan racun serangga bagi memastikan ia kelihatan cantik dan bebas daripada dimakan serangga atau ulat.

Katanya, dua bahan ini boleh menambah beban pada badan, terutama hati yang berfungsi sebagai penapis bahan toksik.

Memahami kesan negatif daripada makanan yang dikelaskan sebagai berasid, Dr Lim berkata, secara perlahan-lahan mereka mengeluarkan daging, ayam, telur, makanan dalam tin dan semua makanan sejuk beku berproses daripada menu harian.

Ia digantikan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Dia sekeluarga juga memilih beras perang yang terbukti kaya khasiat dan ada banyak kelebihan berbanding beras putih.

“Menjaga makanan saja tidak cukup kerana perubatan semula jadi memerlukan pendekatan menyeluruh atau holistik yang membabitkan pembersihan badan, ketenangan minda dan rohani.

“Biasanya pendekatan holistik diambil apabila ubat moden tidak lagi berkesan atau tidak mahu mendapat kesan sampingan ubat moden. Namun kebanyakan orang menggabungkan rawatan moden dan tradisional.

“Pendekatan agama seperti bersembahyang juga penting untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Ia secara tidak langsung mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang,” katanya.


Kenali kesan detoksifikasi

Selepas tempoh tertentu mengamalkan pemakanan sihat, anda mungkin mengalami kesan detoksifikasi iaitu pengeluaran toksik dari badan. Namun jangan panik kerana ia bukan tanda penyakit, sebaliknya permulaan kepada kesihatan lebih baik.

Detoksifikasi boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan sihat, minum teh hijau atau herba atau menggunakan kaedah penyingkiran toksik lain.

Menurutnya, kesan dialami mereka sekeluarga termasuk demam, hidung berair, batuk, sembap, perut terasa senak, sakit kepala (sedikit), najis menjadi cair dan badan menyingkirkan banyak lendir atau mukus.

Namun dalam tempoh ini anda tidak digalakkan mengambil ubat moden kerana ubat moden menghentikan proses detoksifikasi.

Sebagai permulaan untuk menyingkir toksik dari badan ialah meminum jus buah atau sayur (bersama seratnya) yang disediakan sendiri di rumah.


Permulaan pemakanan sihat


Dr Lim berkata, pemakanan sihat boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat. Antara perubahan mudah yang boleh dilakukan ialah:

# Makan beras perang menggantikan beras putih. Bukan semua orang boleh menerima rasa beras perang. Jadi, anda boleh memasukkan sedikit (segenggam) beras perang ke dalam beras putih. Tambah kuantiti beras perang selepas satu tempoh tertentu. Kaedah ini bertujuan membiasakan lidah anda sekeluarga dengan rasa beras perang.

# Ganti roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)

# Guna garam laut untuk menggantikan garam putih

# Guna gula perang, madu atau molases bagi menggantikan gula putih. Gula putih dikatakan antara penyebab utama yang boleh melemahkan daya ketahanan badan.

# Elak penggunaan monosodium glutamat (MSG)

# Kurangkan penggunaan sos soya dan sebarang sos lain kerana ia mengandungi banyak garam

# Kurangkan pengambilan daging, ayam dan telur; lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ini kerana ayam dan daging mengandungi terlalu banyak protein dan lemak. Ayam pula mengandungi banyak antibiotik dan hormon pembesaran supaya anak ayam yang diternak boleh dipasarkan dalam tempoh 32 hari saja!

# Hentikan mengambil makanan yang mempunyai pewarna dan perasa tiruan

“Orang Melayu sangat beruntung kerana secara tradisionalnya mereka mengambil banyak ulam. Ulam sangat baik kerana ia bukan saja kaya vitamin dan mineral (kalsium, fosforus, zat besi dan kalium) tetapi ia juga mengandungi antioksidan untuk melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel.

“Antara ulam yang kaya antioksidan ialah pegaga, selom dan ulam raja yang murah dan mudah diperoleh. Ia juga mengandungi enzim untuk menyihatkan sel.

“Selain itu banyak jenis sayur-sayuran kampung dan herba yang boleh membantu meningkatkan kesihatan seperti misai kucing, bunga kantan, daun kari, gajus dan jantung pisang.

“Amalan ini menjadikan kami sekeluarga jarang sakit dan tanpa disedari, berat badan kami turun perlahan-lahan tanpa perlu berdiet atau mengambil ubat. Lebih penting, ayah mentua saya sembuh walaupun tidak menjalani rawatan kemoterapi,” katanya.

Cari langkah pertama

Kita tidak perlu menjadi vegetarian, sebaliknya lakukan apa yang anda mampu untuk meningkatkan kesihatan. Anda masih boleh mengambil makanan kegemaran tetapi kurangkan kuantitinya dan lebihkan sayur dan buah. Selain itu ambil langkah pertama yang sesuai dengan anda seperti:

# Minum jus buah atau sayur sekurang-kurangnya segelas sehari. Sebaiknya sediakan jus tanpa gula, jika mahu masukkan gula perang atau madu

# Guna beras perang (campurkan segenggam beras perang setiap kali anda masak nasi. Ini untuk membiasakan lidah menerima rasa beras perang sebelum beralih sepenuhnya kepada beras perang)

# Kurangkan penggunaan sos, kicap, garam dan gula dalam masakan; gantikan dengan rempah dan herba

# Kurangkan daging, ayam dan telur

# Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak

# Guna kaedah memasak yang lebih sihat seperti mereneh, kukus atau bakar berbanding goreng

# Gantikan roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)

# Makan buah-buahan sebagai pembuka selera atau pencuci mulut. Hidangkan ia selepas makan bersama keluarga untuk membiasakan anak dengan corak pemakanan ini

# Jadikan buah-buahan sebagai snek

# Jadikan ulam atau sayur-sayuran sebagai bahan yang wajib ada dalam pinggan anda setiap kali makan

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Sumbangan http://anizyn.blogspot.com/2009/05/pemakanan-sihat.html#ixzz1KmEiaCPC

Sunday, April 24, 2011

Sape dah buat pap smear angkat jari???..

Hehehe..penting tau buat ibu2 sekalian yg mementingkan penjagaan bawah tu..utk nak make sure xde apa2 sprti sel2 barah kt bwh tu, baik la korg buat ujian pap smear..dh buat tu, lega la skit....org dah buat haritu..sakit yg amat, sebab xbersedia uolz..sape2 nk pergi buat ujian ni, kena rehat2, tenangkan2 diri..k

INI ADA INFO TENTANG UJIAN PAP SMEAR

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi?

Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

Berapa kali ujian diperlukan?

Syor daripada kementerian kesihatan malaysia menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali. Once dah buat ujian pap smear, negatif, tahun berikutnya kena buat skali lg..if negatif juga,baru la confirm xde apa2..apa2 pun, disarankan buatla ujian ni,ye. Wanita yang sering melakukan hubungan seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks, terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.Dalam masa 2 atau 3 hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

my baby dah 5 bulan lebih..

fuhh..lama x update blog
busy laaa..xsempat nak curi2 masa kt ofis utk type blog
skrg ni ada la masa ckit

my baby dah tembam bam bam dah..peha dah mcm drumstick saiz xl..ehe. sonok tgk dia. skrg ni sume dia nak buat..meniarap..merangkak..berjalan..lg satu yg plg best..tukang kejutkan ibu abah dia di waktu pagi..bgn je tgk mcm ada org duk sentuh2..rupenye2....si kecik ni kejut..tgk je ibu dia...tak pun, dia buat bunyi suara comel dia..urmm, klaka pun ye jgk..wktu tido dia skrg ni dh lewat ckit..dlm 8.30 compare dgn awal2 dulu lps@ sblum mgrib dh lena tido dh..skrg ni nak main je..sanggup xmau tido tu..sbar je la dgn ketelah afiqah batrisyia ni..

bab makan, ibu dia masih lagi memberikan susu ibu..blum lg nak bagi bubur @ makanan lain, wpun dia dah terliur dgn air liur dia meleleh bila tgk org sekeliling makan..n mata dia duk tgk je mkanan tu..tp ibu rasa tunggu la lg 2 mggu je lg genap la 6 bulan, lehla nk makan pe pun..susu ibu pun insyallah boleh menampung keperluan babyku ini..moge Allah banyakkan susu ku agar cukup untuk anakku..ameen


buat anakku, moge menjadi anak yg solehah penyejuk hati ibu abah..=D




sleeping beauty....

my beuty tgh sleeping.. ;D

.
.
.
.
.
.