Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku Lilypie First Birthday tickers

Be My Followers

Saturday, May 22, 2010

Updates bout me..

Harini 23 may 2010..
bulan may ni rmai org celebrate org..ada mother's day, hari guru, hari gawai, hari belia pun ada jgk..haaa,jgn xtau hari kelahiran puteri ke-2 ank pn fauziah n hj tahir ni..pun jatuh pada tarikh keramat, 30 may.

Mcm2 yg berlaku selama xupdates ni..berkenaan dgn tesis, supervisor makin benci ank murid dia ni..smpai dia boleh offerku pd org lain...? klu nk offer kt org lain, bitaula awl2,ni dh susahkan hidup kita..last2 minute mcm ni nk serahkn pd org lain...igt diriku ni apa? supervisor plg lemah ku pernah jumpa dlm hidupku..xpernah menolong malahan mendownkan, melambatkan n menyusahkan ku..SO..ku buat perjumpaan dgn co-supervisor lain utk tolong aku..they really help me..n i have 2 be strong to end my master as soon as possible.

Bout my life,haritu ku ada antar resume kt MSU utk post lecturer..wah gituu..mcm seronok..muda2 dh pegang title lecturer U..mudah2an ku dptla job ni..duit tgh kritikal..mcm2 nk pk. Nk byr yuran sem, yuran viva, duit print2 draft tesis, tu sume kne pakai duit. Baby nyer brg2 pun kena pakai duit jg..moge Allah murahkan rezki kami..moge dugaan yg KAU berikan, mengkifarahkan dosa2 kami..dn diberi petunjuk utk menjadi lebih baik di masa mendatang..

Wanna be happy, dun sad2,if u feel sad, dont too long. coz it will make nothing to the person but harm to u..so why do u want to feel sad?? come on girl! :)

Tuesday, May 18, 2010

Anak Pintar..Sape nk?Meh Baca...

Tipu la kalo ada yang cakap xnk anak yg pintar..mustahil sungguh..setiap yg inginkan anak pasti juga inginkan anak itu dikurniakan dgn akal yg pintar..selain mahukan anak menajdi insan soleh dan akhlak mulia..xcukup dgn itu, mahukan juga dikurniakan dengan rupa paras yg comel..siang malam pasti dititipkan doa pada Yang Memberi..aku juga begitu...

nk daptkan anak pintar bukan semudah petik jari, atau bukan sekadar bg makan yg ckup, bukan juga sekadar bg kasih syg yg ckup..mmg itu semua penting tp bgaimana cara yg betul untuk bg itu semua...aku terpanggil utk share kt cni..seme info aku petik dr hasil pembcaan dan majalah dan buku yg dibeli..aku mmg pantang bila nmpk tajuk ANK PINTAR, pasti hati tertarik..

1. Pemakanan

Ikut hati dan selera, mcm2 nk makan..tmbah2 bila dh hilang morning sickness..asal terlintas kt kepala jer terasa nk..blh, tiada siapa nk larang..selera org mengandung ni kalo disekat2 bhya..tp apa yg nk ditekankan kt cni adalah jenis2 makanan yg terplih..utk ibu2, amalkan makan ksimis, kurma, minum susu dan vitamin yg mencukupi..

untuk menggalakkan perkembangan minda anak, kerapkan makan tomato, brokoli, bayam dan batang saderi.
utk lebih memudahkan, apa yg sy buat adalah belikan kismis dalam botol dan letak di opis so that bila rasa nk mengunyah, blh makan kismis tu daripada dok makan bende yg asam..

2. Amalan seharian

Amalan seharian ni bnyk skit..almaklum la amalan ni yg plaing bnyk menyumbang ke arah mendapatkan ank pintar..menurut pengalaman ibu2 yg aku bc dalam majalah PA&Ma, sentiasa la lakukan ransangan pd ank dalam kandungan..malah jadikan rutin harian sehingga bayi dilahirkan..
menurut pakar, bayi dalam kandungan didapati lebih responsif terhadap suara lelaki daripada suara wanita..jadi pastikan suami2 anda tahu tentang ini dan berusaha la secara bersama utk melibatkan diri dalam aktiviti ransangan ank..
Ada beberapa cara utk meransang dan bercakap2 dgn si anak dalam kandungan, antaranya:

* bacakan surah al fatihah, muqqaddam, nombor digit hingga angka 10 dm BM n BI termasuk abjad A-Z sambil mengusap perut *jadi siapa kata anda kene tunggu anak lahir baru nk belikan buku bacaan...*
* membaca dan memperdengarkan surah Al Quran setiap hari...didapati bahawa bcaan yg sama dan berulang2 semasa dlm kandungan blh membuatkan bayi anda mengenali irama yg sama jika dimainkab semula semasa berusia 12 bulan*alhamdulillah sy diberikan peluang dan ruang utk melakukannya, masih berbaki 15 juz utk dihabiskan..*
* luangkan 5-10 min setiap untuk berbual2 dgn anak..cerita la apa shja dgn bayi kerana pada minggu ke 20-24 bayi mula memberikan tindak balas yg kuat pada bunyi..jadi bayi sudah blh mendengar suara ibu..ambil la peluang ini utk jalinkan bonding yg lebih rapat dgn bayi anda...

3. Jaga emosi

Anak yg pintar bukan shj pintar IQ tp berjaya EQnya..jadi pastikan si ibu tidak terganggu emosinya semasa mengandung kerana gangguan emosi ibu blh mempengaruhi ransangan otak bayi..tekanan ibu hamil blh mengurangkan IQ si anak. peringatan ini untuk sy jugak sbb kerja2 di pej, karenah pelajar2 mmg selalu memberi tekanan kepada sy..

Didik anak untuk jadi pintar bukan satu tugas yg senang..perlu konsisten dan kesabaran..dan tidak berhenti setelah anak itu lahir ke dunia..usaha tetap perlu diteruskan..
Antara kaedah yg blh dipraktikkan si ibu setelah anak lahir:

* sambil menyusukan anak, ajarkan ABC, 123 dan muqaddam..
* sentiasa berbual dgn sebutan yg betul dan elakkan bercakap pelat dgn anak, teruskan bercakap walaupun anak tidak memahami apa yg ditutrkan
* apabila anak mula belajar utk bercakap, ajarkan menyebut nama Allah *nama2 dlm asma al husna, ajar secara berperingkat, sebutkan setiap benda yang dia nmpk contohnya anggota badan, makanan dan apa shja objek di dalam rumah..*

Thursday, May 6, 2010

Tips nak tambah susu bdn...

Haaaa kwn2...msti nak tau kan apa tips @ petua nk bg tmbh susu byk...haaa ni biela nk kongsi utk rujukan bersama:

>makan durian, minum air longan + kurma (air tin), minum air laici....kawan sye ckp laaa....sbb tu susu dia meriahhhh

>mkan ulam lobak putih, minum air lobak putih

>masa pregnant minum or makan jagung

>bnyk minum air soya bean n mkn buah betik

>MINUM AIR BYK2 .. ULAM PEGAGA PON ELOK MAKAN..

>minum susu kambing Hi-Goat. kalau tak pun,perbanyakkan minum air kosong.garenti byk susu.susu sentiasa perah bg mengalakkan penghasilan susu baru.tq

>makan lobak putih ngan jantung pisang

>Fenugreek ~ kalau tak salah adalah berasaskan halba ~ saya amalkan makan halba dan makan/minum jus kurma kalau boleh yg buat sendiri.. rebus kurma sampai agak lembut dan blend..alhamdulillah mmg byk susu..

--> diambil dari hospitalbersalin.com (fb)

p/s: harap dpt susukan baby shingga umur baby 2thn stgh.,insyallah jika diizinkan Allah..:)

Wednesday, May 5, 2010

kata2 nasihat utkku

Salam hari khamis,

ni ada kata-kata utk diingati buat pedomanku dan para pengunjung..

Kalau xtahu jgn buat2 tahu..apa salahnya berbincang sama2..kalau terus dgn ketidaktahuan itu, hidupla dgn dirimu yg b***h s*m*ong itu. Benda ni sllu terjadi bila seseorg tu rasa diri dia hebat, tp hakikatnya ada lg yg lebih tahu kebenarannya. Jgnla terus2an bersikap sombong ye..klau diri sndri je terlibat xpe, klau babitkan org lain, org yg terkena itu mungkin teraniaya..moge Allah beri petunjuk pd kita utk sentiasa mendapatkan kebenaranNYA yg sebenar..........
p/s: ku kena terus berjuang utk menghabiskn masterku ini

semalam gi jumpa mak kwn hubby..

dia pesan, kena jaga hati mertua jgk..buat mcm kwn..jgn ada rasa somthing, anggap dia sbg mak ayah mu..

sekian,

coretan hati
biela

Monday, May 3, 2010

Tauladan Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh

Sebuah cerita yg bagus untuk dibaca..

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.


Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak. Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang].

Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, :

"Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".
Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus
juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?" , tanya Sang Imam.
"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,anak kembar !!". Amin.

Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/ dsb sampai tewas....

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.


3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas iaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam
pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.


...sampaikanlah
ilmu walaupun hanya satu ayat......

SPA result+ pindah rumah+ tesis+ pmohonan jd lecturer msu

semalam (awal may 2010) result spa interview pzm kali ke-2ku dh klua..
xberjaya..sbr je la nabila..bukan @ belum rezki kan..tp mmg sedih la kan..kwn2 dari ukm,junior yg xdpt pun sedih jgk..nk wt cmne..
n at the same time jg ada junior call bitau psl jwtn kosong as a lecturer di MSU..
berita gembira utkku..!! xsgke dlm sedih2 ku, ada jgk berita gmbira..:)

so,skrg ni bila result spa ni dh tau,me n husband pun tau la arah tuju ku utk beberapa months punye perancangan. Maklumla, dah pregnant ni,kena fikir utk persiapn baby jg. Me n hubby akn berpindah dari rumah sewa kami di bangi (sewa rm500-plg murah kt ctu) n duk di umah mertuaku di semenyih. Nak buat cmne, ku xkerja lg, duit byk nk guna utk future..ku kne berkorban buat masa terdekat ni..mmg jauh semenyih tu..hope Allah permudahkan urusan kami

tesis pun nk kena fikir jg..peningku dgn masterku ni..rsa mcm nk give up je sbb supervisorku ni xmmbntu lgsung..bila last minute @ dah lepas tarikh due date, baru nk bgtau ku..menciii dgn spvsr ku. kena strive sndri..ya Allah,kuatkan hambaMU yg lemah ini...