Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku Lilypie First Birthday tickers

Be My Followers

Friday, July 30, 2010

Asmaul Husna untuk Amalan Ibu Hamil & Menyusu

Bersalin dengan selamat.
Puasa 7 hari dan selepas solat asar baca Ya Khaliq Ya Bari' Ya Musawwir 21 kali, hembus ke dalam gelas berisi air yang kemudianya di minum sewaktu berbuka nanti. InsyaAllah.

Al Khaliq - Maha Pencipta, Ya Bari'- Maha Perancang, Ya Musawwir-Maha Memberi Rupa Bentuk

Ibu dan bayi yang dikandung sihat
Baca Ya Jalil 21x sehari..setiap hari sehingga bersalin.

Al Jalil - Maha Luhur

Menghindari keguguran
Jika bimbang janin atau anak yang dikandung gugur, baca Ya Raqib 7 kali setiap hari. InsyaAllah ia akan selamat.

Ar Raqib- Maha Mengawasi

Dapat menyusukan bayi.
Ibu-ibu yang bimbang susu tidak banyak, baca ya Matin 70x hembus didalam air yang diminum, insyaAllah susunya akan banyak. Lakukan setiap hari.

Al Matin - Maha Sempurna Kekuatannya

Menghindari keguguran *yang ini untuk suami2 yang isterinya sedang mengandung*
Baca ya Mubdi 99x dan hembus kepada wanita yang hamil atau letak tangan diperutnya ketika membaca, insyaAllah tidak akan berlaku keguguran..

Al Mubdi - Maha Memulai

Melahirkan dengan mudah dan selamat
Baca Ya Zul Jalali Wal Ikram 11x sehari. hembus ke dalam air dan minum. InsyaAllah.. lakukan setiap hari.

Zul Jalali Wal Ikram - Maha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan

Sebaiknya sebelum membaca nama-nama Allah ini, baca Bismillah Hir Rahman Nir Rahim terlebih dahulu kemudian diikuti dengan selawat ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. (at least sekali, boleh baca 1kali, 10kali or 100 kali) kemudian zikirlah nama-nama tersebut.. setelah habis baca kembali selawat sebagai penutup. (at least sekali, 10 kali or 100kali)

So hope dapat membantu. Yakin dengan Allah, insyaAllah Dia akan bantu kita.

3 comments: