Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku Lilypie First Birthday tickers

Be My Followers

Saturday, April 10, 2010

Hakikat kejadian isteri..

Segala amal ma'ruf dan nahi mungkar, setiap apa yang dilakukan olehnya apalagi isterinya, akan dipikul olehnya di hari Qiamat kelak. Kerana itulah seorang isteri diwajibkan untuk mentaati suaminya selagi segala perintahnya itu tidak melanggar syariat. Kerana itu juga seorang wanita yang bergelar isteri, wajib mengetahui dan mempelajari segala hukum yang bersangkutan dengan kehidupan berumahtangga dan hal yang berkaitan dengan ketaatan terhadap suami agar terpelihara amal ibadahnya dan memperolehi kebajikan dan manafaat di dunia dan akhirat.

Telah tersebut di dalam kitab Muhimmah, bahawa para ulama telah mengingatkan kepada para isteri: Sesungguhnya antara dosa yang teramat besar derhaka isteri kepada suami ialah menegah akan suami untuk mengambil kesukaan yang ada pada dirinya sama ada untuk diwati (dijimak) yakni untuk memuaskan nafsunya dengan jalan yang halal (sah) di dalam Islam atau lainnya seperti melarang isteri itu ke atas suaminya menjamah dan menyentuh pada sebarang tempat anggota badannya.

Firman Allah di dalam Al Quran: "Dihalalkan bagimu pada malam puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampunkan kamu dan memberikan keringanan kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan dan minumlah sehingga terang benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga malam (tetapi) janganlah kamu mencampuri mereka itu sedang kamu beriktikaf dalam masjid-masjid. Itulah larangan-larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada manusia supaya mereka bertaqwa." (Al Baqarah : 187)

Dan firman Allah lagi di dalam surah Al Baqarah, ayat 223: "Isteri-isteri adalah seperti tanah tempat bercucuk tanam,maka datanglah (tanah) tempat bercucuk tanam sebagaimana sahaja yang kamu kehendaki, kerjakanlah (amal-amal) yang baik untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah kamu kelak akan menemuiNya. Dan berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang beriman."

Demikianlah perumpamaan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t terhadap para isteri. Suami diberi amanah untuk membimbing isteri ke arah kebaikan dan kebenaran. Bagi isteri pula, mereka hendaklah taat terhadap suami dan merasakan suamilah segala-galanya bagi diri mereka sebagaimana kiasan "mereka (isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka." Isteri hendaklah ingat dan sentiasa takut untuk keluar rumah tanpa izin suami. Kerana sesungguhnya laknat Allah amat besar bagi seorang isteri yang keluar
rumah tanpa izin suami. Tetapi perlu diingat bagi para suami adalah haram mencegah isteri untuk keluar belajar ilmu Fardhu Ain dan segala ilmu yang wajib dituntut sekiranya suaminya itu tidak berkemampuan untuk mengajar. Sekiranya dia mampu mengajar, maka wajib dia mengajar isterinya akan segala ilmu Fardhu Ain dan isteri tidak boleh ingkar dan enggan untuk belajar.

Jikalau suami mengajak isteri untuk berpindah dari rumah ibu dan ayah, janganlah si isteri enggan kerana isteri bukan lagi hak ibu dan ayah, tetapi hak suami. Isteri wajib mengikuti suaminya kemana sahaja suaminya pergi. Jikalau terdapat halangan untuk mengikuti suami, sedangkan suami redha, maka tidak mengapa tidak mengikut
suami pergi atau berpindah ke mana-mana.

Begitu juga layanan isteri kepada suami ketika suami balik dari kerja, mestilah yang menggembirakan hati suami dengan menyediakan minuman dan melemparkan kepadanya senyuman yang manis. Sesungguhnya separuh daripada keletihan itu akan hilang dengan melihat isteri tersenyum manis kepadanya. Ingatlah kehidupan
rumahtangga adalah satu kehidupan yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Kerana itu janganlah malu untuk memberikan kasih sayang kerana kita juga ingin disayangi dan memerlukan kasih sayang.

Para isteri diingatkan jangan meminta talak. Sesungguhnya inilah dosa yang amat besar di sisi Allah bagi para isteri. Hati suami akan terluka disebabkan perkataan isteri. Dari itu berhati-hatilah semasa mengeluarkan perkataan ketika sedang marah. Hendaklah difikirkan dahulu apa yang hendak diperkata. Kerana perkataan yang kasar terhadap suami itu boleh menyebabkan kita dimurkai oleh Allah s.w.t.

Juga sekali-kali jangan bermasam muka dengan suami. Kejernihan muka dan keceriaan isteri itu adalah penenang fikiran dan jiwa bagi suami dari suasana luar rumah yang penuh maksiat dan durjana. Diri para isterilah tempat tatapannya dan tempat menumpah kasih. Pulangnya suami bila isteri menguntum senyum di pintu, akan menghilangkan segala kepenatan dan keletihan sepanjang hari. Oleh itu senyumlah selalu, nanti suami akan kasih. Allah akan redha.

Hendaklah bersangka baik dengan suami dan jangan mempertikaikan kesetiaan suami. Hati jarang merasa tenang kerana sering mempertikaikan kesetiaan masing-masing. Bila di dapati suami melakukan kesilapan atau punya kelemahan, hati semakin hancur dan timbul tindakan yang tidak tentu arah. Tidak hairanlah jikalau wujud
risiko yang sebegitu rupa kerana cinta diletakkan pada hamba yang lemah, bukan pada Allah yang Maha Esa. Di dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redho Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya. Hati yang demikian akan melihat akhirat
lebih utama daripada dunia. Maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat.

Dalam pada itu para suami haruslah berlaku adil terhadap isterinya. Sememangnya di dalam Islam hak isteri pada suami memang banyak, tetapi hak suami kapada isteri tidak kurang pentingnya pula. Bagi para suami mendidik dirinya, isteri dan anak-anak menghayati Islam adalah wajib, jikalau tidak suami dihukumkan dayus. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, suami yang membiarkan isteri dan anak-anaknya terjebak dengan maksiat dan mungkar. Maka tersuratlah di sepan pintu syuga yang bermaksud: "Engkau hai syurga
! Haramlah atas segala lelaki yang dayus." Maka apabila datangnya Hari Qiamat, Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan
anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya. Firman Allah: "Peliharalah diri dan ahli keluargamu dari api neraka." (At Tahrim: 5)

Para isteri hendaklah mendorong suami untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah. Hal ini akan melahirkan sikap sensitif terhadap perjuangan
untuk menegakkan agama Allah. Segala tindak tanduk didorong untuk membangunkan agama Allah ini. Suami digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam.

Kalau kita mahukan masyarakat jadi tenang, aman dari sebarang maksiat dan kemungkaran, maka kita hendaklah membetul rumahtangga dengan mengeratkan kasih sayang suami isteri dan membetulkan niat kita mendirikan rumahtangga iaitu mengelakkan kita daripada kemaksiatan serta meletakkan cinta kepada Allah didalam mengatur rumahtangga selaras dengan hukum hakam yang telah digariskan oleh syariat.

Dipetik dari syukur.com

Monday, April 5, 2010

buktikan engkau hebat!!!!

Bile la nk bersemangt blk ni?
tinggal ckit je lg..
ko dah listkan apa yg perlu dibuat...so tinggal buat je
come on..come on..
u must strive

mesti bersungguh-sungguh
orang lain boleh habis cepat,kenape ko xboleh pulak?
sikit lgg..come on..sikit lg menuju ke puncak..
doa moge Allah permudahkn urusanmu

striveeee like a warrior..no one can stop u
everyday pray to Allah make easy n pray for Allah barakah in everything u do

Monday, March 15, 2010

Dah jadi isteri...

Dah jadi isteri...
rumah kena sentiasa kemas..
diri pun kena sentiasa jaga..
nak bantu suami, cari kerja pun penting juga..
zaman sekarang, isteri kena buat macam2..kalau suami xkaya ;)

Bg me, tambah lg satu job..
siapkan tesis sbg pelajar master..
moge Allah permudahkan urusanku menyiapkan tesisku ini..
agar mudah je pelayaran hidupku ini..

Hehe,nak kata pantun pun bukan..
syair pun bukan..
cuma luahan rasa..

Oder2 pun banyak..
so,mgu ni agak bz nak setelkan tesis, committee meeting & siapkan oder2 customer..
kuharap Allah kuatkan diriku..
menempuh hari2 mendatang..
dgn diriku ini dah berbadan dua..

Insyallah,akan ku jaga nikmat kurniaanmu ini dgn sebaiknya..
mahu berfikiran positif dan tenang dgn sllu mengingat cinta kpdMU adalah yg pertama..
insyallah semuanya akn ok =)

Tuesday, February 16, 2010

macam2..

Salam...

Hurmm,skrg ni cuaca agak teruk kan?kdg2 panaaas terik...asyik rasa nk minum air sejuk je...bru2 ni plk jerebu..sbb ada kes hutan terbakar di pj..diriku berada di bangi..agak terasa juga bila nk hirup udara kt luar tu..bau asap je ;p

Ok,doakn diriku dpt siapkn tesis hrini ye..n mana tau dimurahkan rezki dpt kerja tetap n dpt baby..hehe..tu double rezeki la tu..insyallah..diri ini kne kuat semangat..

Life as a housewife n full time student ni susah jg..nk kne balancekn activity..dlu time blum kawen,leh lepak2 x msk (sbb mak ada masakkan)..skrg,duk h & w ni, sume kje kne buat. Nvr mind, bersyukur sbb dh tawen,ehe..dpt merasa hdup berumahtangga yg penuh dgn warna warni :) happyyy...urm,ok,cuba siapkan bab table & graph for chapter 5, & table of content & abstrak plk..ok? ;) pray 4 me ya...

Tip bg semangat utk terus berkarya ^_^

Tip Hangat Daripada Habiburrahman El-Shirazy untuk Penulis Muda
www.iLuvislam.com
Aizuddinur Zakaria
Editor : kasihsayang


Saya sempat menuntut ilmu dan falsafah penulisan daripada Tuan Habiburrahman El-Shirazy (penulis novel Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih).

Tipnya dikongsikan bersama agar lahir penulis yang amanah dan kreatif dalam membangun jiwa manusia.

1- Bagaimana mahu memperoleh ilham yang banyak?

  • Sebelum menulis, seseorang itu mesti mahu banyak membaca.

Ramai yang tidak bisa menulis kerana tiada ilham. Falsafah beliau, "Ilham seperti ikan di lautan. Kan banyak sekali. Penulis pula bak nelayan/pengail ikan. Ikan juga bisa berenang ke persisiran pantai. Tetapi bilangannya tentu sedikit sekali. Begitu juga ilham, kadang-kadang memang datang sendiri. Tetapi untuk memperoleh ilham yang banyak nelayan perlu berusaha untuk ke laut dalam. Justeru penulis mesti mahu menerokai ilham tersebut.

2- Apakah cara yang terbaik untuk seseorang penulis melahirkan karya yang mampu dijiwai pembaca?

  • Turutilah kesatunan laras bahasa ulama terdahulu.

Pelbagai masalah sosial yang berlaku pada hari ini merupakan pengulangan daripada zaman dahulu. Cuma, konteksnya sahaja yang berbeza. Jadinya ulama-ulama terdahulu telah menyentuhnya dengan laras yang halus dan mudah diterima oleh masyarakat pada zaman tersebut.

3- Jadi, apakah cara yang terbaik untuk penulis muda?

  • Dekati masyarakat.

Ya, saya sendiri suka untuk mentadabbur alam dan situasi masyarakat untuk mencari ilham. Dengan cara kita duduk dalam masyarakat seperti menaiki kenderaan awam dan sebagainya, mata kita mampu melihat lalu dianalisis oleh otak.

4- Apakah sumber utama yang wajar dirujuk sebelum menulis?

  • Sumber yang sudah menjadi kebiasaan kita.

Pertama ya Al-Quran. Dengan cara mentadabbur Al-Quran sahaja kita akan peroleh banyak ilham dan petunjuk. Kemudian menjadikan Sunnah Rasulullah dan Para Sahabat untuk rawatan dan pendekatan terbaik. Sebagai contoh dalam masalah perceraian. Tindakan Khalifah Umar dalam memelihara perkahwinannya wajar menjadi panduan bagi si suami. Ketiganya rujuk peninggalan alim ulama yang begitu santun menangani masalah umat. Terakhirnya, melalui pemerhatian dan analisa terhadap masyarakat kini.

5- Masalah karya terhenti separuh jalan, apa solusinya?

  • Penulis juga seperti engineer.

Sebelum membina gedung. Tentunya sudah siap satu grand design untuk menyiapkan satu bangunan. Berapa ukurannya? Bagaimana bentuknya? dan sebagainya. Sama juga seperti penulis, perlu ada big picture awalan, pertengahan dan akhir ceritanya. Nasihat saya tulis sehingga habis kemudian kita berhak untuk menukar jalan ceritanya. Kita sudah ada matlamatnya. Seperti mahu berjalan, destinasinya sudah ada, jalannyakan pelbagai.

Wednesday, February 10, 2010

Semangat2!!!

Salam syg...

wahai hamba Allah..rajinkan diri anda ye! kuatkan semangat..suami penat cari nafkah..tinggal sikit je lg nk siapkan tesis tu...sikit je lg..lpas tu nak buat apa buatla..harini siapkan ye..siapkan..sikit lg..sikit lg..mesti siap! mesti boleh! boleh boleh boleh.

Thursday, February 4, 2010

Kentalkan Semangat

Salam, Waktu ni rasa sungguh bersemangat utk menulis di blog ni..Seronok bila dpt berblogging mcm ni..dpt luahkan apa yg kita rasa. Ok,apa yg nak dikongsi bersama dgn semua pembaca ialah berkenaan dgn semangat kental. Bukan kentang ye..;p hehe. saje melawak..

Lumrah manusia terutama di kalangan org Melayu yg msti ada phd..opps xsemua ada lulusan pHD ye..tp perasaan phd ni raaammai org ada..x elok bercakap menegenai keburukan org kan..xpe la,biarla dia dgn sikap dia yg suka nk jatuhkan org..kita ni X BOLEH..ok.. X BOLEH ikut perangai dia..so,biarkan dia begitu..tau la Allah nk balas org mcm tu..menganiaya org yg lemah..

"Ya Allah, kuatkan semangatku..jgn biar aku jatuh dgn org2 yg berniat jahat terhadapku..Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku..bukakanlah pintu rezki buat hambaMu ini..Diriku tahu, diri ini byk dosa..Ya Allah, kuatkanlah kami(yang mahu beriman kpdMu.. Ya Allah..kuatkan kami menyelesaikan tanggungjawab kami di dunia ini Ya Allah..Moga kami beroleh barakahMU dan jauh dari kemurkaanMU....ameen.."

Ok,dah, nak buat kerja dah..next entry i wanna make sure, i finish editting my theses draft. I want to finish as soon as possible..caiyok!!!!!!!!




Rezki

Rezki Allah..Allah punya kuasa nak bg pada siapa pun..pada suatu masa, Allah bg rezki yg banyak pd kita..ada suatu masa, rezki yg dipohon2 tidak dtg lg...Urm, Allah nak uji kita tu..mcmana kita handle situasi mcm tu..cthnya rezki dpt kerja. Rmai org pergi interview SPA..kita pun pergi juga..kita ada qualification yg dh over-qualified pun (dari segi kelulusan)(perasan ckit ;p), tp x berjaya...mungkin ada hikmahNYA..ada lebih baik menanti kita..:) contoh lain, rezki anak..;)dh buat dh wktu subur,ehe..tp still peot lg (x buat scan/check pun lg. Mybe lum rezki..Urm, hikmayNYA wktu ni dpt merasa nikmat hidup berdua..nnti sok2 bila dh ada anak, lain citernye pulak kan?? ehe..apa2 pun kena think positive..maju ke depan :) insyallah..

Tulisan ni ditulis utk memberi kesedaran pd diri sdnri n sesiapa yg baca ni,spy kuatkan semangat n never give up. Teruskan usaha..ok? =D

Petua Rumahtangga Bahagia (Suami Isteri Mesti Baca)

1. Telefon suami/isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri/suami mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri/suami untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat
sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami/isteri adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat suami/isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat suami/isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya… … sekiranya pendapat suami/isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut suami/isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai suami/isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah suami/isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan suami/isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkansuami/ isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila suami/isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada suami/isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan suami/isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi, jam atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan suami/isteri.

New Trend

Salam...

Especially pd bakal2 pengantin @ yg bekerja @ student yg nak kan sesuatu yg sedap tp murah..apa kata u all order cheese tart :) sedaaapp n murah...souvenir pengantin sllu dlm brape rgt? rm2? rm3? rm1.50? Yg nak sambut birtday kwn atau nk celebrate annyversary ke..leh je order cheese tart..kenyang n mmg delicious. X caya?? jom order..Saya nak share satu online biz yg jual cheese tart yg sedap n murah..boleh gi link sini
http://cheese-tart.blogspot.com/ Hehe,sy punya jg tu..any suggestion @ pertanyaan bolehla bgtau ye..boleh sy improve more..@ bg diskaun..:) mudah2an Allah murahkan rezkiku..insyallah akn buat yg terbaik utk mendapat berkat Allah..

Jom mkn yummy cheese tart :)

Motivation

Assalamualaikum,

Everyone want support and motivation to fuel up ur day right? Ada saya dgr petua utk bersemangat is setiap pagi amalkan mandi awal pagi ok? ;) Apa kata kita set utk mndi not latter than 8.30am everyday ok?

Any petua from u all? tips utk ceria n segar to brighten up ur day? jom kongsi kan..